Friday, March 15, 2019

Tragedi solat Jumaat: SERANGAN RAMBANG MASJID DI CHRISTCHURCH

Maklumat setakat ini mengenai perkembangan Tragedi Solat Jumaat


  • Dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi mangsa serangan
  • Bapa cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 belum diketahui statusnya
  • Insiden tembakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch
  • PM New Zealand menyifatkan insiden sebagai serangan pengganas

THE REAL TERRORISTS!!!
SERANGAN MASJID DI CHRISTCHURCH�40 MAUT 20 CEDERA
Allahuakbar!! Pengganas sebenar! 40 korban setakat ini
Tragedi berdarah ketika solat jumaat di New Zealand. Siap buat live lagi. Siapa da tengok videonya? Allahuakbar tengok sikit je,tak sanggup. Macam game PUBG dia buat.
Maklumat setakat ini mengenai perkembangan Tragedi Solat Jumaat Christchurch, New Zealand:�Dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi mangsa serangan Bapa cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 belum diketahui statusnya
Insiden tembakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch.
Diantara peralatan dan senjata milik lelaki yang dikenali dengan nama "Brenton Tarrant" yang menyerang dua buah masjid dan kawasan pejalan kaki di sekitar christchurch, New Zealand. Beliau yang berumur 28 tahun dan dipercayai menetap di New south wales, memandu kenderaan Subaru yang dipenuhi sekurang-kurangnya 4 laras senjata semi automatik dan ratusan peluru.
Pasukan anti pengganas New Zealand telah dikerahkan ke kawasan kejadian disamping Pihak polis memaklumkan telah menahan 4 orang disyaki serta sekurang-kurangnya 32 mangsa terkorban.
Mengikut laporan, ini merupakan satu dari sekurang-kurangnya 3 kejadian pembunuhan skala besar yang membabitkan kematian lebih dari sepuluh korban yang pernah direkodkan di New zealand sejak perang dunia kedua.
Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid. 4 individu telah ditahan
PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai 'hari paling gelap buat NZ'
Moga syahid buat yang terkorban insyallah. Ya Allah lindungilah semua muslim di New Zealand..

Wednesday, March 13, 2019

Facebook alami gangguan terbesar, Whatsapp, Instagram turut terkesan


BEBERAPA jam lepas, mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlaku gangguan kepada aplikasi Facebook serta 'adik-beradiknya' iaitu Instagram dan Whatsapp.

Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaru yang dikesan di ketiga-tiga platform berkenaan.

Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video.

Menurut pemakluman yang dikeluarkan Facebook, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan penggunanya gagal log masuk ke akaun mereka.

Malah, Facebook turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka.

Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.
Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima.

Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.

Memandangkan Facebook merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.


info Credit to : Astro Awani 
link : https://bit.ly/2TGEAfi

Monday, February 4, 2019

9 Tips Umrah ketika Hamil

9 Tips Umrah ketika Hamil.

  1. Pilih masa yang sesuai- Ada 3 trimester kehamilan. Paling selamat untuk travelling adalah pada trimester ke 2.
  2. Minta pandangan dan nasihat doct anda. Biasanya doct akan beri pil untuk menguatkan rahim. Perlu mula ambil beberapa hari sebelum fly. 
  3. Jangan skip segala jenis vitamin  anda! Bawa bekalan yang cukup sepanjang bermusafir. 
  4. Jaga makan. Makan ikut waktu, Kurangkan juga makanan  yang berminyak. - Ketika hamil badan cepat masuk angin, jadi dengan mengambil makanan secara sedikit-sedikit dan kerap akan mengurangkan risiko masuk angin. Standby makanan jenis kekacang dan dry fruits banyak-banyak buat stock. 
  5. Amalkan makanan ringan yang sihat seperti jenis kekacang (walnut, cashew, almond  ), dry fruits seperti kismis, dry apricot, dry fig, guava atau mango dan lain-lain. Paling terbaik adalah kurma. Tips dari doctor di sini untuk mengurangkan ‘morning sickness’ jika ada. Pada masa yg sama dapat mengekalkan tenaga. Biasanya saya akan mengunyah makanan sebegini setiap 15-20min! InshaAllah akan kekal bertenaga. Mood pun baik. Makanan jenis begini senang untuk dibawa. Tidak kira di mana.. dalam kapal terbang, dalam bas... ketika ziarah... dan boleh bawa masuk masjid peneman iktikaf. 
  6. Pastikan minum air secukupnya. Terutama air zam-zam. Tips supaya tidak kerap ke tandas adalah minum sedikit-sedikit tetapi kerap.  Di makkah jangan lupa minum pelbagai jenis juice terutama juice avocado yang pekat sedap & berkhasiat untuk mummy & baby. Tidak ketinggalan ais krim makkah, air laban perisa strawberry & mango! Confirm mummy bertenaga je rasa.
  7. Kurangkan berjalan. Boleh naik wheelchair atau scooter untuk tawaf dan saie. Jangan paksa diri untuk berjalan jauh meskipun kita rasa badan kita kuat. Terutama jika berada pada trimester pertama kehamilan. 
  8. Pilih musim yang sesuai. Sebaiknya pergi masa musim sejuk. Elakkan ketika kemuncak musim panas seperti bulan may, june, july. Musim panas menyebabkan badan cepat dehydrate dan lebih penat.
  9. Doa dan tawakal. InshaAllah semoga perjalanan ibadah ketika hamil dipermudahkan dan lancar. Amin.. 

Tips ini boleh diubahsuai mengikut keadaan dan kesesuaian jemaah😊 

#tipsumrahhamil 

Cara untuk mendapat kekusyukan dlm solat..


Cara untuk mendapat kekusyukan dlm solat..

1. Berwuduk dgn sempurna

2. Fahamkan makna setiap apa yg kita baca

3. Ingatkan kita sedang berhadapan dgn pencipta kita.

4. Ingatkan kita ini sebagai hamba yg hina dan Allah tu Maha Agung.

5. Ingatkan kita sedang menunaikan satu tanggungjawab yg diperintahkan oleh Allah

6. Menjaga makanan minuman dan pemakaian

7. membersihkan diri dan bersugi

8. Jgn solat dlm keadaan lapar.

9. Jgn solat dlm keadaan menahan buang air besar dan air kecil.

10. Pilih tempat solat yg menenangkan

11. Gunakan sejadah yg tidak mengganggu

12. Pastikan tiada yg gangguan di persekitaran

13. Solat di awal waktu

14. Lakukan solat secara berjemaah.

15. Mengingati mati

16. Membaca zikir2 sebelum mengangkat takbir.

17. Berusaha melawan ganguan syaitan

18.menghindari dari memikirkan hal keduniaan

19. Mengurangkan pergerakan anggota badan.

20. Sentiasa melihat tempat sujud

21. Lakukan solat dgn thuma' ninah dgn betul

Jika  ada cara  lain sila kongsi bersama2

Cara melaksanakan solat secara duduk di atas kerusi bagi mereka yang uzur

GARIS PANDUAN SOLAT DALAM KEADAAN DUDUK

Solat adalah ibadah asas dalam Islam dan dipertanggungjawabkan kepada setiap mukallaf dalam apa jua keadaan termasuk ketika sakit. Cara perlaksanaannya ketika sakit hendaklah dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

Hadis Rasulullah s.a.w:

                             صل قا ئما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنب

Maksudnya: Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu lakukanlah secara duduk, dan jika kamu tidak mampu juga, maka lakukan secara mengiring. (H.R al-Bukhari : 1066)

Berdiri dalam solat  fardhu merupakan rukun solat. Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang tidak boleh berdiri dibolehkan solat dalam keadaan duduk. Duduk bersila adalah lebih utama. Walau bagaimanapun boleh sahaja solat duduk dalam bentuk-bentuk yang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA, dia berkata:

                                  رايت النبي صلى الله عليه وسلم يصلي متربعا

Maksudnya: Saya pernah melihat Nabi s.a.w solat dengan duduk bersila.

(Hadis riwayat imam al-Nasa’i dalam Sunannya, kitab Qiyam al-Lail wa Thathauwu’ al-Nahaar, bab كيف صلاة القاعد  no:1661).

Kebelakangan ini muncul persoalan berkenaan solat secara duduk di atas kerusi bagi mereka yang uzur. Hal ini amat perlu ditangani dengan baik untuk memelihara kesempurnaan ibadah yang menjadi tiang agama.

 A.        Kedudukan kerusi adalah seperti berikut:

    Kedudukan bagi ma’mum yang menggunakan kerusi hendaklah di bahagian paling kiri atau kanan saf solat.
         
    Jika keuzurannya adalah untuk duduk di atas lantai, atau ruku’ atau sujud namun masih mampu berdiri, maka hendaklah berdiri selari dengan orang bersebelahannya dalam saf solat. 

    Jika keuzurannya adalah untuk berdiri dan terpaksa menunaikan keseluruhan solat dalam keadaan duduk, maka kaki kerusi belakang hendaklah sama dengan kaki orang yang berdiri.

    Kelurusan saf bagi orang yang terpaksa menunaikan keseluruhan solat dalam keadaan duduk dikira ketika jemaah lain dalam keadaan duduk.

B.        Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh orang yang mengerjakan solat dalam keadaan menggunakan rukhsah seperti berikut:

    Hendaklah bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri sekiranya mampu, kerana qiyam adalah sebahagian daripada rukun solat. HaI ini adalah bagi kes ketidakmampuan untuk ruku’, sujud atau berdiri lama. Manakala bagi kes ketidakmampuan untuk berdiri maka diharuskan bertakbiratul ihram dalam keadaan duduk.

    Hendaklah terus berdiri ketika membaca al-Fatihah dan surah sekiranya mampu. Walau bagaimanapun, diharuskan duduk apabila tidak mampu atau terus duduk jika langsung tidak mampu.

    Hendaklah berdiri dengan bertumpukan (i’timad) kedua-dua belah kaki jika mampu atau salah satu daripadanya jika tidak mampu, dan tidak berdiri sambil bersandar kepada sesuatu dengan merehatkan kedua-dua kaki atau salah satu daripadanya.

    Tidak menggerakkan kerusi ke hadapan atau ke belakang ketika melakukan isyarat tunduk untuk ruku’ dan sujud.

    Tidak menyandarkan belakang badan ke kerusi tanpa sebarang hajat atau keuzuran. Hal ini kerana ia menyalahi tatacara solat, dan keizinan duduk hanya sekadar untuk menampung keuzuran berdiri.

    Hendaklah membezakan secara konsisten keadaan tunduk untuk ruku’ dan tunduk untuk sujud. Kedudukan isyarat tunduk untuk sujud hendaklah lebih rendah  daripada isyarat tunduk untuk ruku’.

    Tidak sujud di atas sesuatu yang berada di hadapannya seperti yang dilakukan oleh sesetengah penumpang kapal terbang yang menjadikan meja makan sebagai tempat sujud.

    Sekiranya keuzuran adalah untuk ruku’ atau sujud, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri dan apabila tiba masa untuk ruku’ atau sujud, barulah diizinkan duduk dan melakukan isyarat tunduk tanda ruku’ dan sujud mengikut kemampuan.

    Hendaklah meletakkan tangan di atas kedua-dua lututnya ketika tunduk tanda ruku’ dan meletakkannya di tempat lain selain lutut ketika tunduk tanda sujud supaya ada perbezaan antara isyarat ruku’ dan sujud. Sebagai contoh, kedua-dua belah tangan boleh dilepaskan sahaja di kiri atau kanan peha ketika tunduk tanda sujud, atau diletakkan di atas kedua-dua belah paha kanan dan kiri, atau diletakkan pada kerusi jika ada. 

    Tidak digalakkan menjadi imam kepada ma’mum yang solat dalam keadaan sempurna tanpa duduk di atas kerusi atau lantai. Walau bagaimanapun, tiada halangan menjadi imam sekiranya semua makmum daripada kalangan mereka yang uzur atau solat dalam keadaan duduk. Begitu juga sekiranya imam berkenaan merupakan imam bertugas dan keuzurannya adalah sementara dan boleh sembuh. Manakala makmum pula tetap wajib berdiri sekiranya mampu.

    Jika keuzurannya sementara dan boleh hilang, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri apabila hilang keuzuran tersebut. Sebagai contoh sekiranya sedang solat dalam keadaan duduk, tiba-tiba rasa sakit atau uzur yang menghalangnya berdiri hilang, maka ketika itu wajib ke atasnya berdiri dan begitulah sebaliknya.

Sumber: http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/902-garis-panduan-solat-dalam-keadaan-duduk